Ahlan Wasahlan Ila........

TinggaLkan FoLLow mu wahai sahabat....sahabiahku...

Friday, January 20, 2012

8 PERKARA PANTANG BAGI KAUM ADAM ...betul ke??

1.Jika anda mahu disayangi sepenuh hati oleh lelaki yang anda sayangi jangan bongkar rahsia diri anda sendiri.Usah beritahu dia ada ramai lelaki meminati anda.Dia boleh bertindak meninggalkan anda ataupun cari masalah dengan lelaki berkenaan. Dia boleh anggap anda ‘buaya’ atau ‘pisau cukur’.Tidak mustahil juga dia berasa jauh hati dan merasakan dirinya tiada peluang. Lebihkan berbicara tentang masa depan dan dialah satu-satunya lelaki yang bertahta dihati anda. Usah bandingkan dia dengan lelaki lain yang pernah anda kenali. Itu mengundang musibah.

2.Sejahat-jahat lelaki selalunya tetap patuh dan taat pada ibunya. Jadi, jangan gatal-gatal cakap itu ini,begitu begini tentang ibunya. Cakap baik-baik tak apa walaupun tak betul. Lelaki mudah lemah apabila disebut tentang pengorbanan ibunya, tetapi mudah marah apabila ibunya dihina walaupun memang benar ibunya jahat.

3.Kenapa suka sangat bercerita tentang sejarah silam anda? Tak perlu. Simpan semua sejarah silam untuk diri anda sendiri.Dia tidak ingin tahu semua itu. Setelah anda bertaubat, anggap diri anda bersih.Dia juga menganggap begitu terhadap anda. Hanya bercerita tentang rahsia anda apabila rasakan ia boleh mengintimkan hubungan. membocorkan rahsia diri sendiri bukanlah cara untuk hubungan yang aman harmoni.

4.Jika dia telah bergelar suami, usah sentuh soal kejantanannya yang mungkin telah menurun selari dengan betambahnya usia. Dia memang tak suka dengar, tak suka bincang dan tak suka berubat. Apa yang boleh anda lakukan ialah carikan penawar dan campurkan dengan minuman atau makanan kegemarannya secara rahsia. Jangan sesekali perlekehkan dan perkecilkannya.Dia bole mengamuk gila.

5.Dia tidak suka sama sekali dipersalahkan, miskipun jelas dia bersalah. Misalnya anda balik kampung dan dia memandu, tiba-tiba dia mengambil jalan lain untuk short-cut, tiba-tiba tersesat dan sampai ke rumah lewat beberapa jam dari selalu. Lalu anda asyik menyalahkannya dan menceritakan hal itu kepada mentua anda, ibunya. Anda sengaja mencari nahas denga berbuat begitu.

6.Sokong dia atas semua masalah yang dihadapinya, terutama dengan bos, dengan kawan-kawan, dahkan minat dia juga perlu anda sokong. Jangan tatkala ia mengeluh atau mengadu tentang bos atau teman kerja, anda tokok tambah lagi dengan menyalahkannya, ini sangat menyakitkan hatinya.Anda tahu apa yang akan dilakukannnya selepas itu? Selepas itu dia tidak akan berbicara lagi dengan anda.Dia akan menjadi orang lain untuk bercakap. Jika kebetulan orang itu adalah wanita, akhirnya ada kemungkinan anda dipertandingkan dan dibandingkan. Bersiap sedialah untuk diduakan. Sentiasalah berdiri dipihaknya. Jika perlu beri pandangan, gunakan bahasa paling halus tanpa mengusik sama sekali egonya.

7.Jangan puji lelaki lain dihadapannya. Jika tertarik pun diam saja dan simpan didalam hati. Walaupun lelaki itu seorang artis milik masyarakat, memujinya secara berlebihan akan engundang rasa tidak senang. Silap-silap dia akan cap anda ‘gatal’.

8.Lelaki penuh denga keegoan. Miskipun dia berpedidikan rendah daripada anda, usah perkecilkannya. Minta pendapatnya selalu apabila membuat keputusan.Berikan dia kuasa kepimpinan. Jangan fikir mentang-mentang anda berpendidikan tinggi dan berpendapatan lebih daripadanya, anda berhak bersuara menentukan satu-satu keputusan. Lelaki tetap pemimpin dan hak membuat keputusan terletak ditangannya. Anda boleh memberi cadangan, jangan asyik membangkang.

Itulah dia 8 perkara yang tak disukai oleh kebanyakan lelaki. Ambil kisah dan berhati-hatilah. Semoga hidup anda bahagia di sampingnya.

5 comments:

  1. kat atas ni satu pandangan je..ada betul ada tak..tak boleh nak 'genaralize' pada semua lelaki. kena kajian lanjut..no 2 tu susah nak buktikan.coz byk lelaki lbh dengar ckp wife...sejak zaman nabi dah berlaku mcm tu..kesimpulannya kat atas ni ada betul ada tak..kalau semua lelaki mcm kat atas, senang sgt nak uruskan lelaki.api malangnya setiap lelaki ada ragam tersendiri..tak caya bandingkan ragam ayah, abang dan adik kita...mgkn kat situ dah nampak beza...wallah hu a'lam

    ReplyDelete
  2. taufiQ....hihi..tgh blajo nk faham ore laki


    tu lah..syifa juz nak thu basic pasal laki jerk...thnks tau..ape2pon..rambut je sama hitam...hati lain2...

    ReplyDelete
  3. takkan dpt faham...sikit2 boleh la. byk yg pandai berlakon.melainkan dah diijab kabul baru kenal luar dalam.tu pun kdg2 tak semuanya boleh faham.doalah dapat yg membahagiakan dunia akhirat.

    ReplyDelete
  4. OK baik....hope x dpt yng cELUp....lau x ..abis lah berendam air mata....jgn hiporik...HOT.FM x suka insan hipokrit..=)

    ReplyDelete