Ahlan Wasahlan Ila........

TinggaLkan FoLLow mu wahai sahabat....sahabiahku...

Sunday, January 29, 2012

10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

( sape ek edit gambo nie??? saya juz ambik gambo jek)

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, “lidah sendiri lagikan tergigit”, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.


PLEAST TAKE NOTE ....tp papePON jodOh ajaL pertemuan semua kat tangan DIA....betuL..takdir semua dah ditentukan di luH maHfuz dan JodoH kita dah ditentukan semasa kita berumur 4 bulan dalam kandungan...TETAPI..dgn doa dapat mgubah segalanya dengan IZIN-NYA...wallahua'lam....

Friday, January 20, 2012

8 PERKARA PANTANG BAGI KAUM ADAM ...betul ke??

1.Jika anda mahu disayangi sepenuh hati oleh lelaki yang anda sayangi jangan bongkar rahsia diri anda sendiri.Usah beritahu dia ada ramai lelaki meminati anda.Dia boleh bertindak meninggalkan anda ataupun cari masalah dengan lelaki berkenaan. Dia boleh anggap anda ‘buaya’ atau ‘pisau cukur’.Tidak mustahil juga dia berasa jauh hati dan merasakan dirinya tiada peluang. Lebihkan berbicara tentang masa depan dan dialah satu-satunya lelaki yang bertahta dihati anda. Usah bandingkan dia dengan lelaki lain yang pernah anda kenali. Itu mengundang musibah.

2.Sejahat-jahat lelaki selalunya tetap patuh dan taat pada ibunya. Jadi, jangan gatal-gatal cakap itu ini,begitu begini tentang ibunya. Cakap baik-baik tak apa walaupun tak betul. Lelaki mudah lemah apabila disebut tentang pengorbanan ibunya, tetapi mudah marah apabila ibunya dihina walaupun memang benar ibunya jahat.

3.Kenapa suka sangat bercerita tentang sejarah silam anda? Tak perlu. Simpan semua sejarah silam untuk diri anda sendiri.Dia tidak ingin tahu semua itu. Setelah anda bertaubat, anggap diri anda bersih.Dia juga menganggap begitu terhadap anda. Hanya bercerita tentang rahsia anda apabila rasakan ia boleh mengintimkan hubungan. membocorkan rahsia diri sendiri bukanlah cara untuk hubungan yang aman harmoni.

4.Jika dia telah bergelar suami, usah sentuh soal kejantanannya yang mungkin telah menurun selari dengan betambahnya usia. Dia memang tak suka dengar, tak suka bincang dan tak suka berubat. Apa yang boleh anda lakukan ialah carikan penawar dan campurkan dengan minuman atau makanan kegemarannya secara rahsia. Jangan sesekali perlekehkan dan perkecilkannya.Dia bole mengamuk gila.

5.Dia tidak suka sama sekali dipersalahkan, miskipun jelas dia bersalah. Misalnya anda balik kampung dan dia memandu, tiba-tiba dia mengambil jalan lain untuk short-cut, tiba-tiba tersesat dan sampai ke rumah lewat beberapa jam dari selalu. Lalu anda asyik menyalahkannya dan menceritakan hal itu kepada mentua anda, ibunya. Anda sengaja mencari nahas denga berbuat begitu.

6.Sokong dia atas semua masalah yang dihadapinya, terutama dengan bos, dengan kawan-kawan, dahkan minat dia juga perlu anda sokong. Jangan tatkala ia mengeluh atau mengadu tentang bos atau teman kerja, anda tokok tambah lagi dengan menyalahkannya, ini sangat menyakitkan hatinya.Anda tahu apa yang akan dilakukannnya selepas itu? Selepas itu dia tidak akan berbicara lagi dengan anda.Dia akan menjadi orang lain untuk bercakap. Jika kebetulan orang itu adalah wanita, akhirnya ada kemungkinan anda dipertandingkan dan dibandingkan. Bersiap sedialah untuk diduakan. Sentiasalah berdiri dipihaknya. Jika perlu beri pandangan, gunakan bahasa paling halus tanpa mengusik sama sekali egonya.

7.Jangan puji lelaki lain dihadapannya. Jika tertarik pun diam saja dan simpan didalam hati. Walaupun lelaki itu seorang artis milik masyarakat, memujinya secara berlebihan akan engundang rasa tidak senang. Silap-silap dia akan cap anda ‘gatal’.

8.Lelaki penuh denga keegoan. Miskipun dia berpedidikan rendah daripada anda, usah perkecilkannya. Minta pendapatnya selalu apabila membuat keputusan.Berikan dia kuasa kepimpinan. Jangan fikir mentang-mentang anda berpendidikan tinggi dan berpendapatan lebih daripadanya, anda berhak bersuara menentukan satu-satu keputusan. Lelaki tetap pemimpin dan hak membuat keputusan terletak ditangannya. Anda boleh memberi cadangan, jangan asyik membangkang.

Itulah dia 8 perkara yang tak disukai oleh kebanyakan lelaki. Ambil kisah dan berhati-hatilah. Semoga hidup anda bahagia di sampingnya.

Thursday, December 1, 2011

Senikata ANDAI LELAKI TAHU



Andainya lelaki tahu, dalam hati seorang perempuan
Ada naluri untuk di sayangi,
Ada rasa untuk di beri perhatian,
Ada rasa untuk di dengari keluh kesahnya,
Ada waktu-waktu minta di temani kesedihannya,

Andainya lelaki tahu rajuk seorang perempuan minta di pujuk,
Marah seorang perempuan perlu di dekati,
Sedih seorang perempuan perlu di dengari,
Gembira seorang perempuan ingin di kongsi,

Andai lelaki tahu di sebalik seribu satu rasa itu
Ada sekeping hati nan lembut,
Bukan untuk di manjai,
Bukan jua untuk di tatang bagai minyak yang penuh,
Hanya perlu sedikit perhatian,
Agar rasa kasih itu wujud walau di saat jauh,

Kerana andai lelaki tahu hati ini akan sentiasa bertanya
Pada diri seorang perempuan,
Wujudkah cinta itu di hati lelaki,
Bila saat jauh tanpa perkhabaran

Sayangilah seseorang itu atas dasar siapa dirinya sekarang,
Bukan atas dasar siapa dirinya sebelum ini,
Cintailah seseorang itu kerana hatinya,
Bukan paras rupa semata2

Andainya Lelaki Tahu Hati Seorang Wanita


Andai LELAKI tahu~HATI seorang wanita ini.....

fahamilah jiwa seorang wanita sebelum kau mahu berkenalan atau myuntingnya~
ketahuilah HATI wanita penuh dgn bingkisan hati yang selalu berkata2~
jaga lah HATI wanita mu sebaiknya....
kerana HATI Wanita lain berbanding HATImu wahai LELAKI...
seGAGAH mana WANITA dalam perjuagan..
namun HATI wanita tetap LEMBUT....
WANITA perlukan PERHATIAN...
WANITA perlukan KASIH SAYANG
kerana WANITA itu adalah seorang WANITA yang
punyai HATI & PERaSAAN
(cahaya_penawar a.k.a BINGKISAN HATI NURANIKU)

salah ke seorang WANITA inginkan perhatian dari seorang yang dicintainya??
salah ke WANITA mgadu kpd insan yang disayanginya??
salah ke WANITA bertanya pd kekasihnya??
salah ke WANITA minta pertolongan pada pakwenya????
salah ke???? salah ke??? salah ke???????

30 Perkara Perempuan tak Sempat Bagitau Lelaki....


mmmm..perasaan perempuan tu unik tau...walau x mampu ungkap..tp dgn lagu, sajak n lain2 dah bawak byk maksud...hati pempuan ni cepat terusik..nak someone care sgt..even satu mesej pon dah bermakna....lau pmpuan marah pon mesti bersebab...lau pempuan cinta kat sorang laki...even dia ada kawan laki yang ramai..pempuan tetap akan fokus n ingat kat pakwe dia je... tp x semua orang laki paham apa sebenarnya org pempuan nie..tambah2 dpt pmpuan yang memang peramah..tp nobody know actually sebalik peramahnya..ada tagisnya...dalam tawanya yang girang..ada majuknya.... xpe2..x semua org laki tahu hati pempuan ni cemana...tapi hope akan tahu jgk satu hari nanti... hope jgk..jaga lah hati pempuan betul2...pempuan juz nak lelaki SAYANG n CARE dia betul2 je...tu je...
(mampu tersenyum dgn seribu makna yang tersirat)....dan tbe2 senyuman bertukar menjadi hambar...... KENAPA??? Hanya Tuhan Yang Tahu~ cahaya penawar'89

Monday, July 25, 2011

REzeki ALLAH itu LuaS~




~assalamualaikum~



alahai....hari ni paling byk makan...cemana nie? makan x ingt dunia..cemana nk mgadap hari raye....tambah2 sbb aku puaser kowt...pas buke kat uma lauk sotong..g makan kat lua plk mam mi hailam Vs air ePal..pastu makan kat uma..aiskrem jgn nk ckp la..biskut...yaALLAH...makan berlebihan...ALLAH mesti marah... tp kene ingat..dalam susah2 kita....kita patut bersyukur n byk kan sabar n jgn mengeloh..sbb ape aku ckp mcm nie..eVen x dok duit....tp kita masih mampu makan....masih dpt minum air yng segar....banding shbt umat islam kita kat lua sana...mengikat perot..merintih dlm hati...mnahan lapaR dan dahaga...sedangkan aku....masih menikmati makanan dlm sedar x sedar... dan kita patut ingat....rezeki ALLAH itu luas...bukan sekadar duit itu rezeki..tp byk cara...byk benda..byk saluran..tp nape kita masih mgeluh...JOM KITA citer SAL POKOK KELAPA JER..Dgn pokok kelapa...dpt plk kelapa tua...blh perah santan...mcm2 kuih blh buat....dgn santan jgk..mcm2 lauk kita blh masak..hanya tuhan yng tahu...tiba2 nampk kelapa muda...sedap betol air kelapa minom petang2...dgn isi putih,lembot..sgt nikmat...ok dgn kuih tadi...kita ader jiran..kita buat lebih...bagi(sedekah kat jiran)...byk dah kiter blh dpt..pahala....silaturrahim...n lau kiter tbe2 terdesak..makanan xder....dgn takdir ALLAH mana thu jiran kita td pulang bekas kita dgn berisi makanan .....subhanaLLah..sungguh cantik aturan tuhan...cuma kita yng x thu bersyukur...(ni ku ingat kat diri aku jgk)kadang2 lemah n lalai..mgeloh xder duit...tp x sedar..rezeki DIA dtg bertimpa2..k lah..aku nak masuk tidoQ...t aku BebeL lagi..wassalam~

Saturday, July 16, 2011

~~~++Sandaran Harapan ++~~~



Aku putus harapan
Keliru memikirkan pada siapa harus kusandarkan
Bicara hati ini yang sangat merunsingkan
Pada-Mu oh Tuhan ku mohon pimpinan

Telah sekian lama kusemaikan
Cinta dan kesetiaan hanya pada insan
Namun kini yang

ku tuai hanyalah kesedihan
Dilukai oleh cinta yang memeritkan

Aku diburu kenangan silam
Di kala leka dibuai percintaan
Tiada ku sedar apa yang aku lakukan
Semuanya tersasar dari landasan

Ya Allah telah kumungkiri janji-janji pada-Mu
Ya Allah telah kukhianati segala amanah-Mu
Bagaimanakah untuk ku kembali kembali pada-Mu
Mendapatkan kepercayaan Mu oh Tuhan